RAMADAN BULAN MELIPAT GANDAKAN BACAAN AL-QURAN & SEDEKAH

SEDEKAH BERTERUSAN SEPANJANG RAMADAN 1445 HIJRAH

CABARAN SEDEKAH SUBUH RAMADAN RM5

Program “Cabaran Sedekah Subuh Ramadan RM5” adalah satu kempen sumbangan RM5 secara istiqamah setiap hari sepanjang 29 hari Ramadan 1445 hijrah.

Program ini tidak lain adalah untuk mendidik kita agar lebih berdisiplin dalam bersedekah. Dalam masa yang sama, amalan beristiqamah ini juga mencerminkan diri seorang mukmin yang berjaya menjadikan Ramadan sebagai bulan tarbiah buat diri mereka.

Setiap dari sumbangan ini akan digunakan untuk projek Baik Pulih Surau & Masjid di kawasan pedalaman seluruh negara.

Tidak ada satu subuh pun yang dialami hamba-hamba Allah kecuali turun kepadanya dua malaikat. Salah satu diantara keduanya berdoa: "Ya Allah, berilah ganti bagi orang yang berinfaq", sedangkan yang satu lagi berdoa "Ya Allah, berilah kerosakan bagi orang yang menahan (hartanya)."

Hadis Riwayat Bukhari

JOM SERTAI CABARAN SEDEKAH SUBUH RM5 UNTUK BINA & BAIKPULIH SURAU & MASJID

MASJID & SURAU YANG TELAH DIBINA DAN DIBAIKPULIH

SURAU AL-FALAH, KAMPUNG SOSONDOTON, RANAU

Sudah siap dibina pada awal tahun 2023

SURAU PULAU SILUNGUN, SEMPORNA, SABAH

Sudah siap dibina dan digunakan pada Ramadan 1444H

SURAU AT-TOYYIBAH, KAMPUNG CENDERAMATA, SANDAKAN

Pemasangan karpet surau yang lusuh akibat terlalu lama.

MASJID NURUL HIDAYAH, BAU, SARAWAK

Sudah siap dibaikpulih pada Februari 2023

MASJID AL-AMIN, KAMPUNG JAMPIRAS, SANDAKAN

Pembekalan sistem tenaga solar bagi saluran elektrik masjid pada Disember 2023

MASJID KAMPUNG KERUAK, HULU BESUT, TERENGGANU

Pemasangan karpet pada 23 Februari 2024 menggantikan karpet lama yang rosak akibat banjir.

SIAPA YAYASAN IKHLAS?

Yayasan Ikhlas ditubuhkan pada 5 Mac 2009 dan  merupakan sebuah badan tidak berasaskan keuntungan (non-profit) yang berdaftar di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Kami telah menjalankan projek-projek kebajikan di peringkat setempat dan antarabangsa serta mobilisasi sukarelawan.

Setiap sumbangan yang anda lakukan bersama Yayasan ikhlas layak mendapat Pengecualian Cukai LHDN.

Antara program-program lain yang telah dijalankan dibawah pendanaan Yayasan Ikhlas adalah seperti :

Rasulullah adalah orang yang paling dermawan. Dan baginda lebih dermawan di bulan Ramadan saat bertemu Jibril. Jibril menemuinya setiap malam untuk mengajarkan al-Quran. Dan kedermawan Rasulullah melebihi angin yang menghembus.

Hadis Riwayat Bukhari

JOM MULAKAN RAMADAN INI DENGAN CABARAN SEDEKAH SUBUH RM5 UNTUK BINA & BAIKPULIH MASJID & SURAU

Hanya 3 Langkah Mudah

Untuk Menyumbang Kepada Program Cabaran Sedekah Subuh Ramadan RM5

Pilih Kuantiti Sumbangan Di Bawah

Isikan Maklumat Anda

Pilih Cara Pembayaran

Yayasan Ikhlas 5628 3463 6235 Rujukan: SEDEKAH SUBUH RAMADAN

Yayasan Ikhlas sangat menghormati privasi anda.
Sekiranya anda tidak mahu menerima sebarang notifikasi dalam bentuk sms daripada kami, sila klik link di bawah untuk unsubscribe
>> Klik sini untuk delete nombor anda <<

©Sedekahsini Demi Surauku | oleh Yayasan Ikhlas (PPAB-09/2009)